CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
Click to Reset


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

logo UTeM

UTeM HOSTS THE NATIONAL MATHEMATICS OLYMPIAD 2011 COMPETITION

Print PDF

Image
Dr. Hamzah bin Sakidin

(Full Article in Bahasa Melayu)  

UTeM MENJADI PUSAT PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (OMK) 2011

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA). Ia juga mendapat sokongan sepenuhnya daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua Jabatan Pelajaran Negeri. Pertandingan ini merupakan satu-satunya usaha penganjuran pertandingan matematik sekolah menengah peringkat kebangsaan.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dipilih sebagai pusat pertandingan OMK bagi negeri Melaka. Pertandingan ini berlangsung pada 18 Jun 2011 bertempat di Dewan Besar, Kampus Induk UTeM. Pertandingan ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Bongsu untuk tingkatan 1 dan 2, Kategori Muda untuk tingkatan 3 dan 4 manakala Kategori Sulong untuk Tingkatan 5, Matrikulasi atau yang setara dengannya.

Menurut Dr. Hamzah bin Sakidin selaku Pensyarah Kanan , Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTeM yang telah dilantik sebagai Ketua Pengawas bagi pertandingan ini berkata, ia merupakan pertandingan yang mencungkil bakat dan kemahiran pelajar-pelajar dalam mendalami bidang matematik yang dianggap susah bagi sesetengah pelajar. Selain itu ia juga menjadi salah satu pemangkin dalam menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini dengan lebih baik lagi.

Tambah beliau objektif utama pertandingan ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif dan berdedikasi serta mempunyai daya saing yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi diperlukan bagi seseorang yang ingin berjaya dalam pelajaran dan kerjayanya. Oleh itu, pertandingan ini dilihat menjadi  platform untuk pelajar-pelajar mengembangkan bakat mereka.

Pertandingan ini disertai sebanyak 22 buah sekolah dari Melaka dan 8 buah sekolah dari Negeri Sembilan. Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperolehi pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai Kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad)  kendalian pihak PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem insentif tersebut, seramai enam orang pelajar akan mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.

UTeM selaku tuan rumah amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Semoga dengan pertandingan ini kita dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan dalam sama-sama membangunkan industri pendidikan negara supaya menjadi yang terbaik di mata dunia.

 
 
 
     
panoramautem