Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Resources
Notis Semakan Audit Mata Pelajaran Pelajar Tahun Akhir Print

NOTIS SEMAKAN AUDIT MATA PELAJARAN PELAJAR TAHUN AKHIR BAGI SYARAT BERGRADUAT & NOTIS RAYUAN MATA PELAJARAN BAGI SEMESTER KHAS 2015/2016 & SEM1, 2016/2017.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENASIHAT AKADEMIK (PA) BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR FKE (DEGREE DAN DIPLOMA) BAGI SEMESTER 2, SESI 2015/2016.

Bagi memastikan semua pelajar tahun akhir dapat bergraduat pada Oktober 2016 & tiada masalah tercicir m/p atau rercicir gred, semua PA pelajar tahun akhir perlu memastikan agar pelajar PA membuat audit mata pelajaran pelajar.

Tujuan audit matapelajaran ini adalah untuk memastikan semua matapelajaran telah diambil dan mencukupi syarat pengijazahan (STATUS KBA – Kedudukan Baik Anugerah) selepas keputusan peperiksaan Semester 2, 2015/2016 nanti.

 

Dikepilkan DUA (2) NOTIS untuk rujukan semua Penasihat Akademik (PA) & pelajar:

  1. Notis Audit mata pelajaran pelajar Tahun Akhir : Disertakan excel file borang senarai semak mengikut jabatan (checklist) yang perlu di isi oleh pelajar dan seterusnya akan disemak oleh PA (rujuk excel file ).
    Tarikh akhir pelajar hantar borang audit ke Penasihat akademik adalah pada 4 Mac 2016 (Minggu-2), jam 12 tengah hari.
  2. Notis Rayuan tambahan mata pelajaran bagi Sem Khas 2015/2016 & Sem 1, 2016/2017: Jika ada kes pelajar tercicir mata pelajaran, pelajar diberi peluang membuat rayuan tambahan penawaran mata pelajaran bagi Sem Khas 2015/2016 & Sem 1, 2016/2017.
    Tempoh terkhir pelajar menghantar borang rayuan lengkap dengan surat justifikasi sokongan Penasihat Akademik (PA) adalah pada 11 Mac 2016 (Minggu-3), jam 12 tengah hari kepada Unit Akademik FKE (Lobby).

 

TINDAKAN PENASIHAT AKADEMIK (PA):

Borang checklist hardcopy atau scanned copy (beserta cop rasmi pensyarah) perlu dihantar kepada wakil J/K Penasihat Akademik & Pembangunan Pelajar mengikut setiap jabatan seperti di bawah sebelum atau pada 11 Mac 2016, jam 5:00 petang.

PROGRAM

Nama J/K Penasihat Akademik

Bilangan Pelajar Tahun Akhir di Bawah Jabatan

Nota

BEKM

Dr. Rahifa binti Ranom

90

Ahli J/k PA perlu memastikan bilangan semakan audit mencukupi mengikut kohot sebelum diserahkan kepada Ketua Jawatan Kuasa Penasihat Akademik sebelum atau pada 13.3.2016.

BEKE

En. Imran bin Sutan Chairul

75

BEKP

Dr. Mohd Hendra bin Hairi

82

BEKC

Pn. Mashitah binti Che Razali

70

DEK

Cik Nur Rafiqah binti Abdul  Razif

2
(extend)

Kerjasama dari Ybhg. Prof.madya/ir./dr./tuan dan puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Last Updated ( Tuesday, 19 January 2016 )
 
< Prev   Next >
 
Joomla Templates by Joomlashack