Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Resources
Tindakan Pelajar FKE utk Pendaftaran Mata Pelajaran SEM2 15/16 Print

 

NOTIS TINDAKAN PELAJAR FKE UNTUK DAFTAR MATA PELAJARAN SEMESTER 2, 2015/2016 BAGI YANG BELUM MUET BAND 3 - TARIKH AKHIR PADA 31 JANUARI 2016

Salam sejahtera,

Dikepilkan NOTIS TINDAKAN PELAJAR FKE UNTUK DAFTAR MATA PELAJARAN SEMESTER 2, 2015/2016 BAGI YANG BELUM MUET BAND 3 - TARIKH AKHIR PADA 31 JANUARI 2016.

Ini merujuk kepada Pekeliling Akademik Bilangan 3 Tahun 2015, berkaitan “Pemakluman Tindakan Ke Atas Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kohot Kemasukan 20122013 dan 20132014 Yang Belum Memenuhi Syarat Band MUET Untuk Bergraduat Mengikut Tempoh Yang Telah Ditetapkan Oleh Senat UTeM”.

Bagi pelajar yang terlibat, mohon lakukan tindakan pendaftaran mata pelajaran sebelum atau pada 31 Januari 2016:

1.     Mohon untuk mengisi borang di lampiran A (boleh diperolehi di Unit Akademik, FKE) berserta dengan dokumen lampiran yang disyaratkan.  Perenggan ini hendaklah dibaca bersama dengan Pekeliling Akademik Bil.3/2015 berkaitan MUET (Dilampirkan).

2.     Pendaftaran Program Intervensi MUET boleh di lakukan di Unit Akademik FKE (Optional). Bayaran dilakukan terus pada hari pendaftaran Bengkel I iaitu pada 19 Feb 2016 di PBPI.

Bagi membantu pelajar untuk mendapat band MUET yang disyaratkan, PBPI akan menganjurkan Program Intervensi MUET yang terdiri daripada 3 bengkel yang akan diadakan pada tarikh yang berasingan iaitu:-

  • Bengkel I: 19 Feb 2016 (Speaking Skills)
  • Bengkel II: 27 Feb 2016 (Listening & Writing I)
  • Bengkel III: 5 Mac 2016 (Reading Comprehension & Writing III) 

Pelajar akan dikenakan bayaran RM120.00 bagi mengikuti ketiga-tiga bengkel tersebut.

Turut dimaklumkan, Bengkel I akan diadakan pada 19 Feb 2016 iaitu pada hari Jumaat sebelum Semester bermula.

Oleh itu, pelajar yang akan menduduki di asrama akan dibenarkan untuk menginap di asrama beberapa hari awal sebelum Semester bermula tanpa sebarang caj yang akan dikenakan.

Document Tambahan: Pekeliling Akademik Bil.3 Tahun 2015

 

 

Last Updated ( Friday, 08 January 2016 )
 
< Prev   Next >
 
Joomla Templates by Joomlashack