Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Resources
PERMOHONAN ONLINE BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (BEKG/ BEKM) Print

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAGI SEMESTER II SESI AKADEMIK 2015/2016 (TERTAKLUK KELULUSAN SENAT) & SEMESTER I SESI AKADEMIK 2016/2017 BAGI PELAJAR LEPASAN DIPLOMA TAHUN AKHIR UTeM.

 

Merujuk kepada email dari BPA, mohon tindakan semua PA pelajar tahun akhir DEK kohot berikut bagi permohonan kemasukan Direct Entry bagi Semester 2, 2015/2016 dan Semester 1, 2016/2017:

 

1.    Kohot kemasukan Semester 1-2012/2013 (pelajar extend 3DEK)

2.    Kohot kemasukan Semester 0-2013/2014 (pelajar Tahun 3DEK)

 

Mohon rujuk kepada Notis dari Unit Akademik FKE yang dilampirkan untuk pemakluman lanjut bagi proses permohonan secara ONLINE & penghantaran borang hardcopy dengan dokumen sokongan yang telah dilengkapkan terus kepada BPA.

 

Pelajar perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh BPA (rujuk notis yang dilampirkan). Mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi ketetapan tempoh atau kaedah memohon tidak akan dipertimbangkan.

 

Tarikh Permohonan ONLINE: Sistem ini dibuka daripada 18 Disember 2015 (Jumaat), jam 12.00 tengahari hingga 25 Disember 2015 (Jumaat), jam 12.00 tengah malam. Melalui laman web UTeM (ruangan berita & peristiwa/ news & events) tanpa melalui UPU Online.

 

Tarikh Akhir Penghantaran borang hardcopy & dokumen sokongan: 29 Disember 2015 (Selasa) kepada BPA

 

 

Untuk kohot yang seterusnya juga, prosedur ini akan diguna pakai. Oleh itu, mohon PA pelajar DEK dapat remind pelajar masing-masing dari Tahun 1 lagi agar syarat memohon untuk kemasukan Direct Entry ke program BEKG/ BEKM adalah dengan minimum keputusan MUET Band 2.

 

Terima kasih atas kerjasama semua.

Last Updated ( Tuesday, 15 December 2015 )
 
< Prev   Next >
 
Joomla Templates by Joomlashack