Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Resources
PEMAKLUMAN TENTANG NOTIS PELAJAR PA YANG BELUM MUET BAND 3/ BAND 4 Print

 

 

Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Senat Khas Bil.1/2012 telah menetapkan bahawa bermula Kemasukan Sesi 2012/2013, semua pelajar Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat BAND 3 ATAU BAND 4 bagi MUET (ikut kohot), akan dikenakan tempoh dua (2) tahun untuk mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 atau BAND 4 dari tarikh pendaftaran pelajar semasa sesi kemasukan ke UTeM.

Sekiranya, pelajar gagal memenuhi syarat tarikh  tempoh dua (2) tahun, pelajar akan diberi tempoh pengawasan selama enam (6) bulan. Jika dalam tempoh pengawasan, pelajar  masih gagal mendapat Band MUET yang ditetapkan, maka pelajar tidak dibenarkan mendaftar mata pelajaran pada semester berikutnya.

Oleh itu, mohon dapat mengingatkan pelajar PA masing-masing agar mendaftarkan MUET MAC 2016, bagi pelajar yang masih tidak mengambil tindakan.

Bagi kes pelajar yang tidak dapat membuat pendaftaran secara ONLINE di SMP dalam tempoh pendaftaran wajib dari 30/11/2015 hingga 18/12/2015, maka pelajar HANYA boleh mendaftar pada Minggu-1 pada Semester 2,2015/2016 nanti setelah pelajar update keputusan MUET di SMP (Band 3) bagi dua kohot berikut:

  1. 1.     Tahun 4 – Kohot 2012/2013
  2. 2.     Tahun 3 – Kohot 2013/2014

Tempoh pendaftaran MUET MAC 2016 telah dibuka bermula pada 5 November 2015 hingga 8 Januari 2016.

Sesi Kemasukan

Tahun

Band MUET

Tarikh Tamat Tempoh Dua (2) Tahun

Tarikh Tamat Tempoh Perlanjutan 1 Tahun

Tarikh Tamat Tempoh Pengawasan

 

2012/2013

 

4

 

 

 

 

3

 

7 September 2014

 

6 September 2015

 

21 Februari 2016

 

2013/2014

 

3

 

6 September 2015

 

Tiada

 

21 Februari 2016

 

2014/2015

 

 

2

 

6 September 2016

 

Tiada

 

21 Februari 2017

 

2015/2016

 

 

1

 

4

 

6 September 2017

 

Tiada

 

21 Februari 2018

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Harap maklum & tindakan lanjut oleh PA bagi menasihatkan pelajar PA masing-amsing tentang pentingnya mendapat MUET band 3 atau Band 4 sebelum tempoh pengawasan tamat.

 

Last Updated ( Monday, 22 February 2016 )
 
< Prev   Next >
 
Joomla Templates by Joomlashack